Tuesday, May 19, 2009

Japan guy : Ise

For the 1st time, semalam Ise dtg rumah mzismail yg kat putrajaya nih... kerana nak ambik surat dia (surat rayuan pengurangan cukai), yang mzismail tolong ambilkan di jabatan kastam (presint 2)... rupanya dia sempat gak beli kereta masa dia keje kat jepun ari tu... kereta mazda.

Nampaknya dia nak hang out with some of ex-smachian kat chalet zuriman, di janda baik.. hmm too bad mzismail tak dapat join sebab nak kena blk kg weekend nih.

:-|

Broad...band

Gi MOHR, kat parcel D. finally mzismail dah sign up utk celcom broadband... dpt promotion deal.. RM50/month for the 3.6Mbps punya package + free USB stick (Vodafone) + unlimited usage...it is really the best deal.. cause, for that package's subscription, normally it will cost RM98/month + NO free modem.

But mzismail have to wait for 2-3 days before getting activated.

:)

Monday, May 18, 2009

Umrah

Nampaknya sekarang ni musim orang gi umrah. Mak mzismail akan gi 26 hb ni..

Semalam gi rumah kakak kepada suami anak sedara mzismail kat kajang. Suami dia pun baru bertolak gi umrah minggu lepas.

Min pulak baru balik dari umrah pd khamis... bila dia singgah tidur kat rumah semalam.. dapat gak merasa coklat dari sana... hmm seronok jugak dengar citer pengalaman dia kat mekah+madinah..
(min bagi kopiah sbg souvenir, bila check, rupanya made in china...hehe)

Tadi chat dgn norxie...esok dia pun nak hantar mak dia gi umrah!

:)

Tuesday, May 12, 2009

Taman Botani

Lepas balik kerja semalam, singgah Taman Botani jap. Dah lama duk putrajaya ni, tapi ni lah first time masuk ke situ... Pusing2 lebih setengah jap gak... cantik betul tempatnya, macam2 pokok ada, beserta tasik dan laluan2 mengikut tema yang tertentu. Restoran seafood tu pun nampak lawa dan romantik.

Luas tempat dia...letih betul.. ltu pun belum sempat cover semua area.. lain kali sambung lagi..

Monday, May 11, 2009

Saiful

Malam tadi saiful datang rumah. Dia nak duduk rumah tu, kiranye menggantikan Zul Besar yg dah jadi suami orang. Ari ni dia lapor diri di JPA, gred cam mzismail gak, F44. pukul 7 dah kluar rumah...hmm awalnya.

Saiful ni PTST (jaga SPTB) terengganu. Mzismail mula2 kenal saiful ni masa mesyuarat data cleaning kat JKPTG kuantan tahun lepas. Pastu jadi lebih kenal lg sebab sama2 buat penilaian tender data cleaning kat satu resort di Kuantan gak.

Hmm...teringat plak kat budak2 SPTB - izad, azhar dan en ruhaimi...
(dah byk minggu tak emelkan lagu arab kpd en ruhaimi... kena download lagu baru nih. Tengok nogomi.com + ghaneli.com jap...)

Sunday, May 10, 2009

Kenduri

Ahad - Gi kenduri kahwin anak pompuan kak zam (staf etanah), bersama Aliza & Lizawati, mzismail drive. Di bukit mahkota, on the way ke nilai. Fazlina join later. Tersilap masuk Kajang silk, kena patah balik.

Rupanya liza baru beli iPhone. ambik pelan Rm100 sebulan, jadi harga iPhone tu jatuh dlm RM2000 lebih. siap dgn GPS lg.. rupanya besar gak.. tak la berat mana. Nampak cantik jugak... tapi buat masa ini, bukan pilihan mzismail... krn mzismail suka yang kecil dan ringan, yg bleh letak dlm poket, comfortably :)

Sebelah taman mahkota tu bandar seri putra. Rupanya kat situ abe haris & famili pindah ye... tak lah jauh mana kak ani berulang ke putrajaya.. dlm setengah jam je, tapi tak best sebab kena lalu tol RM2.10

On the way balik, discuss pasal rumah.. rasenye rugi plak duduk di kuarters sebab banyak elaun kena potong. Nak kena beli rumah atau sewa rumah yang lebih murah.... hmm.

Thursday, May 7, 2009

Aktiviti Di Library

Seharian browse internet semalam, termasuk baca berita terkini dari Perak...

Mulanya Di Sini...

Bismillahirrahmanirrahim.

Blog ini ditubuhkan di perpustakaan Kementerian Luar Negeri (KLN), di aras 1, Bangunan Wisma Putra 1, Putrajaya, ketika sedang menunggu khabar berita dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM).

Situasi:
mzismail mendapat surat perlantikan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 oleh JPA pada Selasa, 28 April 09. Setelah melapor diri di KLN pada Isnin, 4 Mei 09, PSM memaklumkan bahawa tiada post kosong bagi F44 di KLN. Mungkin akan dihantar semula ke JPA...?